Calon BN Sudah Ada Lebih Majoriti – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa mendakwa seorang calon daripada Barisan Nasional (BN) telah mendapat sokongan melebihi majoriti diperlukan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Dakwanya, BN mempunyai 42 Ahli Parlimen dan bagi membolehkan calon BN dipilih, individu itu memerlukan sekurang-kurangnya 69 lagi sokongan daripada parti-parti lain menjadikan sekurang-kurangnya 111 daripada 220 Ahli Parlimen.

“Realiti politik hari ini memerlukan muafakat bukan pertelingkahan yang berterusan. Alhamdulillah sebentar tadi selesai perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen dan wakil-wakil parti sahabat yang lain untuk mohon menyokong seorang calon BN.

“Kami terharu kerana sejumlah yang lebih daripada 69 kerusi yang diperlukan telah bersetuju untuk memberi laluan dan sokongan hitam putih kepada seorang calon daripada BN,” katanya di laman Facebook, pada Selasa.

Walaupun Ahli Parlimen Ketereh itu tidak mendedahkan individu yang dicalonkan tersebut, namun tumpuan terarah kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mendapat sokongan daripada gabungan tersebut.

“Kami Ahli Parlimen BN akan bertemu Pengerusi BN malam ini untuk sama-sama berbincang perkembangan yang baik ini.

“Saya sendiri sudah menghubungi Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) untuk satu panduan dan kata sepakat, mengambil kira perkembangan terkini serta surat notis Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini,” ujar bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Kesemua Ahli Parlimen dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengadakan mesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Perdana Menteri untuk diserahkan kepada Istana Negara sebelum jam 4 petang esok.

Terdahulu, satu surat dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta Ahli Dewan Rakyat menyerahkan surat akaun bersumpah menamakan seorang calon Perdana Menteri kepada Istana Negara.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat