Ahmad Maslan Sahkan UMNO Calonkan Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri Ke-9

- Advertisement -

CYBERJAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan  UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Melalui ciapan Twitternya, jelas beliau UMNO menghantar satu nama sebagai calon Perdana Menteri oleh Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang mengadakan mesyuarat malam tadi bersetuju membawa nama Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya lagi, cadangan membawa nama Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ini juga mendapat restu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan, Penasihat UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Ahli-Ahli MKT UMNO.

“Moga Allah memberkati usaha kami”. Ujarnya lagi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat