Tiga Selamat, Seorang Lagi Hilang Dalam Insiden Kepala Air Di Gunung Jerai

- Advertisement -

GUAR CEMPEDAK – Tiga kakitangan Jerai Hill Resort terselamat, manakala seorang lagi hilang selepas terperangkap dalam kepala air di Gunung Jerai, hari ini.

Fenomena turut mengakibatkan banjir kilat di kampung sekitar kaki gunung di Yan dan Merbok dengan lebih 10 rumah dilapor rosak.

Seorang daripada kakitangan terselamat cedera di bahu dan dihantar ke hospital menggunakan khidmat EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.38 petang.

Katanya, mangsa yang cedera adalah Muhamad Muslim Shaari, 36, manakala dua lagi kakitangan, Muhamad Soleh Abdul Halim, 30-an, dan Muhammad Siraj Munir Muhamad Abdul Malek, 33, tidak cedera.

“Setakat ini, masih terdapat seorang mangsa iaitu Mohamad Syahruzi Muhamad, 40-an, gagal dikesan dan dipercayai masih hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak dan kita sedang menunggu Unit STORM dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) untuk bantuan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

SAR turut disertai polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA). – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat