Semua dalam satu terbaik

- Advertisement -

DIREKA untuk pencipta kandungan dan perisian berprestasi tinggi. Itu yang boleh disimpulkan terhadap keupayaan Apple iMac versi 2020 yang sememangnya mengagumkan terutama ketika melakukan tugasan penyuntingan termasuk sintesis animasi.

Syarikat gergasi teknologi, Apple mengemaskini barisan produk iMac mereka dengan pengenalan kepada beberapa teknologi baharu termasuk padanan pemproses sehingga Intel Core i9 generasi ke-10 bersama keupayaan unit pemproses grafik (GPU) Radeon Pro 5700XT.

Penulis tidak melalui pengalaman yang sukar tatkala menggunakan iMac versi 2020 terutama melakukan penyuntingan video berdurasi panjang serta sintesis animasi yang pastinya tidak mampu dilakukan untuk desktop kelas biasa.

Tidak seperti menggunakan sistem operasi lain, masalah lengah atau ‘lagged’ tatkala melakukan penyuntingan termasuk perisian tergantung (crash) biarpun menggunakan desktop spesifikasi kelas prestasi tinggi tetap menghadapi masalah berkenaan.

Menyentuh aspek spesifikasi iMac yang digunakan penulis, peranti berkenaan menggunakan pemproses Intel Core i7 Generasi ke-10 yang dipadankan bersama keupayaan memori (RAM) 8GB dengan rekaan DDR4 bersama talaan frekuensi 8GB.

Peranti ini juga menggunakan storan 512GB SSD dengan GPU Radeon Pro 5500 XT bersama sambungan Thunderbolts.

Produk keluaran Apple sememangnya direka untuk penggunaan optimum termasuk paparan Retina 5K dengan resolusi 5120 x 2880 paparan P3 dengan keupayaan ‘True Tone’ dan pengguna boleh melakukan pilihan spesifikasi mengikut kesesuaian.

Padanan spesifikasi itu termasuk penggunaan paparan tekstur Nano, padanan RAM sehingga 128GB termasuk sistem storan yang menyokong 8TB sesuai untuk pencipta kandungan tanpa perlu memikirkan masalah storan.

Pengguna juga boleh membuat pembelian secara pilihan untuk papan kekunci serta tetikus tanpa wayar atau menggunakan perkakas iMac terdahulu yang masih boleh digunakan.

Spesifikasi yang digunakan penulis memberi pengalaman penyuntingan video sangat berbeza memandangkan semua tugasan berkenaan boleh dilakukan tanpa sebarang masalah.

Proses sintesis untuk video berdurasi lebih 10 minit bersama resolusi 4K juga tidak memakan masa yang lama dan paling penting adalah tidak menghadapi masalah perisian tersangkut atau ‘crash’.

Bagi aspek rekaan pula, iMac versi 2020 menampilkan rekaan minimalis iaitu ia boleh diletakkan di sebarang sudut dan tampak kemas tanpa wayar berselirat memandangkan peranti ini dikategorikan sebagai ‘Desktop Semua Dalam Satu’ (AIO).

Perkakasan tambahan seperti papan kekunci, tetikus dan fon telinga, pengguna boleh melakukan sambungan tanpa wayar dan keadaan itu sebenarnya banyak memberi kelebihan dalam aspek rekaan.

Secara keseluruhannya, iMac versi 2020 ini sememangnya peranti semua dalam satu yang terbaik berada di pasaran dan jika menyentuh aspek prestasinya, ia tidak perlu diragui lagi kerana mampu untuk menggalas sebarang tugas.

Malah, proses sintesis video atau animasi yang memakan masa berjam-jam untuk desktop sistem operasi lain boleh dilakukan dengan pantas menggunakan iMac dan ia memberi pengalaman yang amat baik untuk setiap pengguna.

harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat