PRN Sabah: Bung Akan Tentukan Calon KM Andai BN Menang – Zahid

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melantik Datuk Seri Bung Mokhtar Radin untuk mengetuai jentera parti itu di dalam Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan 26 September ini.

Zahid melalui satu kenyataan akhbar sebentar tadi berkata demi menghormati keputusan autonomi yang telah diberikan, BN pusat telah menyerahkan sepenuh kuasa kepada kepada kepimpinan BN/UMNO Sabah untuk memastikan kemenangan parti itu.

“YB Datuk Seri Bung Moktar Radin, selaku Pengerusi BN Sabah dan Pengerusi UMNO Sabah untuk mengetuai jentera BN Sabah dan UMNO Sabah bagi menghadapi PRN Sabah.

“Mengadakan rundingan untuk pembahagian kerusi bersama-sama dengan parti-parti politik di Sabah,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Zahid turut menjelaskan, BN/UMNO Sabah juga diberikan kuasa untuk memilih calon Ketua Menteri sekiranya parti itu berjaya mengambil kembali negeri itu dari Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Penentuan calon-calon bagi semua kerusi di 73 Dewan Undangan Negeri Sabah, setelah rundingan di muktamadkan.

Memilih seorang Ketua Menteri dalam kalangan ADUN apabila mendapat kemenangan dengan majoriti mencukupi bagi pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat