Parti Mahathir Mungkin Akan Sertai MN Kata Pak Wan

- Advertisement -

Cyberjaya – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata beliau tidak menolak kemungkinan parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai Muafakat Nasional (MN).

Mohd Redzuan yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Wan berkata Mahathir berkemungkinan akan berganding bahu dengan gabungan MN di hadapan sambil menyifatkan pejuangan bekas pengerusi Bersatu itu mempunyai misi yang sama tetapi mengambil jalan berbeza.

“Jika Pejuang mempunyai misi yang sama, saya tidak akan terkejut jika mereka juga menyertai (kami) sebagai sebahagian gabungan besar pada masa depan.

“Kamu tidak akan tahu. Itu pandangan saya,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

PPBM Sabtu lalu, bersetuju untuk menyertai MN antara UMNO dan PAS bagi membentuk sebuah gabungan Melayu Bumiputra yang besar.

Ia diumumkan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas 3 hari Mahathir menamakan ‘Pejuang’ sebagai nama parti baharu beliau.

Mahathir ketika penubuhan parti baharu itu pada 7 Ogos lalu berkata ia perlu melawan rasuah kerana parti Melayu lain telah menyeleweng daripada perjuangan asal mereka.

Beliau berkata, parti baharu itu akan kekal sebagai blok bebas tetapi akan berganding bahu dengan parti lain selepas pilihan raya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat