PRN SABAH: PN PERLU MEMENANGI HATI RAKYAT JIKA MAHU MENANG

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) perlu memenangi hati rakyat jika mahu merampas kerajaan negeri daripada Warisan, kata Adun Kemabon YB Jamawi Jaafar.

Memberi contoh dalam  permainan bola sepak, padang rata disediakan, pemain-pemain hebat didalam padang, penonton akan melihat pemain-pemain yang berkebolehan menjaringkan gol atau tidak, begitu jugalah dalam sesuatu Pilihan Raya, pengundi akan melihat calon yang berkaliber, yang boleh bekerja untuk mewakili mereka dan bukan melihat parti yang diwakili oleh calon.

Jamawi ketika ditemui oleh SuaraTV berkata, rakyat (pengundi) lebih utamakan calon yang boleh berkhidmat untuk rakyat. Itu sebab, gabungan PN UMNO, PAS, BERSATU perlu memperlihatkan gabungan ini menyakinkan dan boleh berkhidmat untuk rakyat.

“Apabila mereka memerlukan bantuan, mereka akan berjumpa wakil rakyat yang mereka pilih itu. Walaupun sebenarnya seseorang Wakil Rakyat mesti berparti.

“Banyak parti baru akan bertanding PRN kali ini, jika gabungan parti-parti ini boleh menyakinkan rakyat, gabungan ini boleh menang, ujarnya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi untuk Pilihanraya Negeri Sabah (PRN Sabah) ke-16 pada 26 September 2020, manakala tempih berkempen selama 14 hari.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 16 September 2020, bersamaan hari Sabtu, manakala hari mengundi awal ditetapkan pada 22 September 2020, hari Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat