Bapa Di Penjara 30 Tahun, 36 Sebatan Rogol Anak Kandung

- Advertisement -

BESUT: Seorang bapa yang juga seorang peniaga di penjara 30 tahun dan sebat 36 kali kerana disabitkan kesalahan merogol anak kandungnya sendiri yang berumur 10 tahun, tiga tahun dahulu.

Tertuduh 51 tahun, disabitkan tiga pertuduhan Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, setelah pihak pembelaan gagal menunjukkan keraguan yang munasabah.

Dia didakwa merogol anaknya ketika berusia 10 tahun antara pertengahan januari 2017, kira-kira jam 1 pagi dirumahnya Chalok, Setiu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan sama pada akhir Januari 2018, jam 11 malam dan pertengahan April 2018 jam 10 malam di lokasi yang sama.

Hakim Wan Azimah Yaakob menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara dan 10 sebatan bagi tuduhan pertama, bagaimanapun hukuman berjalan serentak bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Mahkamah membenarkan pihak pembelaan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli dan Pembelaan oleh Che Amir Che Musa.

Kredit: Sinar Harian, Foto: Internet

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat