KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli tidak mampu menggantikan peranan pembangkang sekali gus bakal mencorakkan politik Malaysia pada masa akan datang.
Sebaliknya kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Pandan itu hanya membawa membawa politik sensasi.
“Kemunculan Rafizi itu tidak merupakan satu pencabar fungsi pembangkang memandangkan beliau bukanlah satu entiti ataupun institusi politik. Rafizi adalah satu individu yang sedang melalui satu episod dan itu tidak menjadi masalah.
“Pada saya itu bukanlah sesuatu yang akan mencorakkan politik Malaysia masa akan datang.
‘’Perikatan Nasional (PN), Pas dan Bersatu adalah entiti yang boleh mampu mencorakkan masa depan. Bukan Rafizi.
“Rafizi nak mencorakkan PKR pun dia belum berjaya. Cuma bila beliau berkelakuan begitu membawa politik sensasi,” katanya dalam audio siar bersama SuaraTV.
Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung Umno bagaimanapun menegaskan bahawa beliau bukan hendak menafikan kebolehan Rafizi.
“Bergantung nantinya bagaimana Rafizi handle masalahnya. Itu biarlah beliau lalu proses itu. Kita respect keadaan itu.
“Dan itu sama sekali bukan pula bermakna peranan pembangkang PN being overshadowed by Rafizi.
“Saya ambil sebagai satu contoh. Apabila timbul isu yang kita merasakan dalam PN, dalam Pas menyentuh kewibawaan institusi kehakiman. Pas dan juga PN dan juga pembangkang telah mengeluarkan series of statement keraguan kita, kebimbangan kita tentang institusi kehakiman yang nampaknya telah being dented dengan unsur-unsur campur tangan politik termasuk soal kedudukan Perdana Menteri dan pelantikan hakim dan sebagainya jadi kita dah mendahului.
“Namun suara pembangkang itu datang dalam nada yang biasa (tak lantang). Tiba-tiba bila Rafizi dan lapan wakil rakyat PKR membuat press conference, harum dia lebih,” ujar Annuar dalam temu bual berkenaan.
Pun begitu bekas Ahli Parlimen Ketereh itu secara terbuka mengakui beliau suka dengan pendekatan yang dibawa Rafizi.
“Tapi satu perkara yang saya perlu katakan, saya suka kepada pendekatan Rafizi. Beliau bercakap ada substance dan dia bercakap dia suka backed by data, facts, research. Saya fikir itu adalah satu politik.
“Pendekatan politik semasa yang sangat relevan berbanding yang jenis retorik dan akhirnya end up nothing.
“Kedua saya tengok Rafizi ni dia he speak his mind apalah fikiran dia dia cakap pada saya ni antara nilai-nilai yang saya respect.
“Oleh sebab itu bila saya tengok apa yang dia lakukan sekarang itu bergantung kepada ke mana dia nak pergi ke mana dia nak pergi dia ada pilihan adakah dia rasa dia boleh jadi pengkritik kepada parti dia daripada dalam dan parti dia menjadi makin baik atau makin buruk dengan cara dia bertindak sekarang atau kalau dia ada idealisme politik dan dia mendapati parti dia walaupun ditegur masih tak berubah dia ada option sama ada membentuk platform politik yang tersendiri,” kata Annuar.



