Lawatan Diplomatik kukuhkan kerjasama teknologi Malaysia-China melalui inovasi HONOR

Dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang teknologi tinggi antara Malaysia dan China, Duta Besar Malaysia ke China, Dato’ Norman Muhamad telah melawat Kilang Pembuatan Pintar HONOR di China baru-baru ini. Lawatan ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam menjalin hubungan erat dengan pemain utama industri teknologi global, khususnya dalam era Revolusi Industri 4.0 yang didorong kecerdasan buatan (AI).

Kilang berteknologi tinggi milik HONOR, yang terletak di Kawasan Perindustrian Pembuatan Pintar HONOR, merupakan nadi utama dalam pengeluaran telefon pintar boleh lipat seperti HONOR Magic V5 yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Lawatan Dato’ Norman ke fasiliti bertaraf dunia ini memperlihatkan minat mendalam pihak diplomatik Malaysia terhadap ekosistem inovasi dan keupayaan automasi yang dibina oleh syarikat gergasi China itu.

Semasa sesi lawatan, Dato’ Norman menyatakan keyakinan beliau terhadap potensi besar dalam memperluas kolaborasi industri berasaskan teknologi tinggi antara dua negara. Menurut beliau, kemajuan teknologi yang diterapkan oleh HONOR bukan sahaja mempercepatkan pengeluaran, malah menjadi penanda aras baharu bagi kualiti produk dan kecekapan operasi. Beliau turut menggalakkan kerjasama dalam bentuk pemindahan teknologi, latihan teknikal, serta pelaburan strategik antara syarikat teknologi China dan rakan industri di Malaysia.

Lawatan itu bukan sekadar simbolik, malah membuka ruang perbincangan tentang bagaimana Malaysia boleh memanfaatkan kepakaran China dalam bidang AI, pembuatan pintar, dan pembangunan produk elektronik pengguna. Dengan 75% proses pengeluaran kilang ini telah diautomasi dan dikawal AI, fasiliti ini menunjukkan contoh jelas bagaimana inovasi boleh mendorong produktiviti tinggi – menghasilkan satu unit telefon dalam hanya 28.5 saat.

Selain itu, Dato’ Norman turut diberi penerangan mengenai pendekatan menyeluruh HONOR dalam reka bentuk dan pembangunan produk, termasuk kajian bahan baharu dan sistem kesambungan peranti canggih. Beliau turut diberi peluang mencuba sendiri ekosistem produk HONOR yang berintegrasi, menggambarkan aspirasi jenama itu untuk melangkaui sempadan peranti mudah alih dan menuju ke arah gaya hidup digital menyeluruh.

Lawatan sebegini menunjukkan bahawa hubungan diplomatik hari ini tidak lagi terbatas kepada isu politik atau perdagangan sahaja, tetapi turut melibatkan aspek kerjasama teknologi dan inovasi masa depan. Malaysia dilihat proaktif dalam menjalin jaringan antarabangsa yang mampu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital negara serta memperkukuh kedudukan ASEAN sebagai rantau teknologi baharu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat