JKN Pahang Siasat Kematian Kanak-kanak OKU

- Advertisement -

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan menjalankan siasatan berkaitan dakwaan seorang ibu mengenai kematian anaknya berusia dua tahun berpunca kecuaian kakitangan sebuah klinik di Bentong, Pahang.

Wanita itu mendakwa anaknya yang juga berstatus orang kurang upaya (OKU) meninggal dunia selepas tidak diberikan rawatan sepatutnya ketika dibawa ke klinik terbabit pada 12 Julai lalu.

Dia juga mendakwa kakitangan klinik itu gagal mengesan tanda awal masalah dihadapi hingga mengakibatkan kematian anaknya.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini memberitahu, pesakit yang meninggal dunia itu adalah seorang kanak-kanak lelaki OKU berumur dua tahun enam bulan dengan penyakit lewat perkembangan global (GDD) dan Congenital Laryngomalacia.

“Pesakit dibawa oleh waris ke Klinik Kesihatan Lurah Bilut pada 12 Julai jam 11.30 pagi dengan gejala cirit-birit sejak 11 Julai.

“Berdasarkan dokumentasi di klinik mendapati pemeriksaan fizikal dijalankan terhadap pesakit adalah normal dan tiada tanda pesakit mengalami dehidrasi,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak itu kemudiannya dibenarkan pulang selepas rawatan sewajarnya diberikan.

Bagaimanapun, waris kanak-kanak itu membawa pesakit ke klinik swasta pada hari yang sama sebelum diberi surat rujukan ke hospital berhampiran.

“Pesakit didapati kritikal dan seterusnya dirujuk ke NICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.

“Namun, selepas 5 hari rawatan didapati keadaan pesakit semakin kritikal dan disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2023 jam 9.34 pagi,” katanya lagi.

Nor Azimi berkata, punca sebenar kematian kanak-kanak itu masih dalam siasatan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat