Konsert Kasih Pengasih 2023 Kolaborasi Artis Artis Hebat

- Advertisement -

Barisan artis artis untuk konsert Kasih Pengasih 2023 telah bersedia sepenuhnya untuk membuat persembahan pyang akan berlansung pada 22 julai ini bertempat di Auditorium RTM Kuantan, Pahang.

Kenyataan daripada Ameng Spring, dimana segala persiapan dari segi mental, fizikal dan tahap kesihatan kini kini pada tahap yg memuaskan supaya dapat persembahan pada malam konsert itu memberi impak yang besar kepada penonton yang hadir.

Sepanjang 2 jam Setangah persembahan konsert itu nanti akan diiringi oleh persembahan band secara lansung dan tiada langsung minus one dan berharap agar pengunjung yang hadir dapat bersama sama menyanyi meriahkan lagi konsert pada malam tersebut.

Beliau juga berkata, “selain konsert ini diadakan untuk peminat, objektif utama adalah untuk mengumpul dana bagi penambahbaikan rumah-rumah pengasih yang ada bagi memberikan fasiliti dan kemudahan terapi yang terbaik untuk penghuni”.

Melihat kepada komen-komen peminat di media sosial, mereka semua seakan tidak sabar untuk hari konsert tersebut dan bertemu dengan artis kesayangan mereka. Malah, mereka juga meminta konsert seperti ini dibuat di beberapa negeri lain terutamanya Johor Bharu.

“Insyallah, jika tiada aral melintang, pihak penganjur bersedia untuk mempertimbangkan cadangan tersebut, tetapi fokus sekarang adalah untuk merealisasikan konsert ini dahulu”.

Bagi Amir Ukays pula, “persiapan sekarang sudah hampir mencapai 95 peratus, hanya menunggu masa untuk ke Kuantan bersama barisan artis yang lain dan pemuzik demi memberikan 1001 kenangan bagi pengunjung yang ada nanti”.

Konsert yang dikendalikan oleh Pengasih Asia Sdn Bhd ini menampilkan barisan artis hebat sepanjang zaman iaitu Kumpulan Iklim, Zamani Slam, Ameng Spring dan Amir Ukays.

Yang pastinya, konsert ini akan menyajikan lagu-lagu malar segar yang senantiasa kekal diingatan oleh semua peminat dan pengunjung yang hadir.

Tiket masih boleh didapati di https://ilassotickets.com/event/konsert-kasih-pengasih-2023/

Nantikan persembahan nostalgia dan malar segar dari Ameng Spring, Zamani, Amer Ukays & Iklim di Auditorium RTM Kuantan, Pahang.

Peminat juga boleh melihat update terkini tentang konsert ini di saluran Facebook rasmi https://www.facebook.com/KonsertKasihPengasih

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat