CAS pukau ribuan penonton di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Band yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat, Cigarettes After Sex (CAS) pada 15 dan 16 Julai baru baru ini telah mengadakan konsert bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Penganjur konsert berkenaan, Hello Universe memberitahu, penjualan tiket bagi konsert CAS telah memecahkan rekod apabila tiket habis terjual dalam masa 15 minit sahaja.

Selama satu jam setengah, para peminat CAS terpukau dan teruja dengan persembahan lagu-lagu yang mengasikkan.

Dengan pencahayaan minima dan latar hitam putih pentas, CAS membawakan lagu-lagu hits mereka antaranya Apocalypse, Heavenly, Cry dan Sweet.

Bagi para penggemar, selain keunikan suara vokalisnya, CAS mempunyai daya tarikan tersendiri apabila mampu membangkitkan emosi melalui lagu-lagunya.

Suara TV berjaya mencipta momen intim apabila diberi peluang secara dekat dalam membuat liputan konsert berkenaan.

Cigarettes After Sex (CAS) ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Greg Gonzalez iaitu vokalis dan pemain gitar band berkenaan.

CAS juga dianggotai oleh Randall Miller selaku pemain bass dan Jacob Tomsky pemain drum.

@hqsuaratv Konsert CAS pukau 6 ribu peminat di Malaysia #malaysia #malaysiatiktok #cas #cigarettesafter #hellouniverse ♬ original sound – SuaraTV Official

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat