Pertembungan Shark, Malik dalam PUBG

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah filem, Syamsul Yusof menyifatkan satu rezeki yang baik buatnya untuk filem terbaharu, KL Gangster 3 apabila mendapat kerjasama dengan permainan aksi maya popular, PUBG.

Syamsul, 38, dihubungi berkata dia kini hanya mampu bersyukur dengan seikhlas hati yang tidak terhingga kepada Allah SWT apabila satu demi satu limpahan rezeki datang tanpa putus dan tidak diduga.

“Alhamdulillah, sebagaimana yang dikongsikan di Instagram saya dan juga Instagram PUBG, ia memang akan ada kerjasama yang terjalin di antara kami untuk filem KL Gangster.

“Syukur kepada Allah, di atas rezeki kerjasama ini kerana kita semua pun sedia maklum tahu yang filem KL Gangster saya sudah lebih 10 tahun dihasilkan. Tapi, ia juga adalah salah satu daripada karya filem saya yang disebut-sebut sampai sekarang.

“Selain saya, pastinya pelakon-pelakon filem ini seperti Datuk Aaron Aziz dan Sofi Jikan juga mendapat ‘explosure’ yang baik daripada KL Gangster yang sudah 10 tahun itu. Syukur, syukur Alhamdulillah kepada Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan juga, menerusi kerjasama itu ‘teaser’ PUBG mobile X KL Gangster dikeluarkan adalah membabitkan pertembungan karakter Shark (Syamsul) dan Malik (Aaron).

Sehubungan itu, filem KL Gangster 3 yang dijangka penggambarannya akan bermula tidak lama lagi, kini dalam pencarian pelakon lelaki baharu menerusi uji bakat diadakan pada 23 dan 24 Julai ini di Layar Pictures Sdn Bhd.

Apapun, Syamsul kini melakar kejayaan terbesar dalam karier pengarahannya apabila filem epikMat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi filem Melayu yang meraih kutipan ‘box-office’ luar biasa melebihi RM80 juta sejak ditayangkan pawagam terpilih di Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 23 Jun lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat