Dewa 19 jayakan konsert di KL sempena ulang tahun ke-30

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kumpulan popular dari Indonesia, Dewa 19 bakal membuat kemunculan di Malaysia menerusi Konsert Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 10 September ini.

Kedatangan Dewa 19 ke Malaysia bakal menjadi saat yang penting dan bersejarah buat peminat tempatan selain mereka turut menjanjikan kehadiran pengasasnya iaitu Ahmad Dhani.

Jelajah yang sudah memulakan siri konsert mereka di beberapa bandar Indonesia dan turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang akan bersama-sama meraikan ulang tahun ke-30 kumpulan itu.

Penganjuran konsert kali ini membawa slogan ’30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’. Biarpun ringkas, namun ia cukup padat dengan makna tersendiri untuk disampaikan kepada peminat.

Selain itu, kehadiran Dewa 19 ke Malaysia yang dibawakan oleh Icon Entertainment itu bakal disertai beberapa bekas anggotanya termasuk pemain dram, Tyo Nugros.

Apa yang menarik, buat pertama kalinya Dewa 19 menghimpunkan empat vokalis mereka iaitu Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan Ello di atas satu pentas yang sama.

Konsert ini turut mendapat sokongan daripada Hot FM dan Buletin FM sebagai radio rasmi serta Astro Gempak sebagai media digital rasmi. Kesion Malaysia dan EF Media juga turut memberi sokongan kepada selaku rakan media rasmi. Peminat boleh mendapatkan tiket bermula hari ini di https://www.ticket2u.com.my/dewa19

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat