Pastikan subsidi sampai kepada rakyat berhak – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bagi mengelak ketirisan, kerajaan sedang mencari mekanisme paling sesuai dalam merangka subsidi bersasar untuk rakyat yang berhak menerimanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mekanisme itu memerlukan perincian dan bukan sesuatu yang mudah untuk ditentukan.

“Cadangan subsidi bersasar bukan baru sekarang tetapi sejak beberapa kerajaan sebelum ini lagi tetapi masih belum boleh dilaksana kerana belum ada mekanisme khusus untuk pastikan tidak ada rakyat yang tercicir dan tertinggal.

“(Sebagai contoh), adakah kita perlu membeli gula atau minyak masak menggunakan kupon? Adakah kupon boleh digunakan atau menggunakan MyKad untuk membeli dan sebagainya. Ini yang sedang kita perincikan.

“Ini kita akan bentangkan di sini, apakah cara yang kita gunakan untuk subsidi bersasar ini,” katanya di sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang bertanya mengenai tindakan kerajaan untuk menangani kenaikan kos sara hidup rakyat kerana mendakwa kerajaan mengambil pendekatan konvensional dan tidak ada persediaan untuk melakukan perubahan struktur.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,594FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat