KUALA LUMPUR – “Dalam Dewan Rakyat kita semua wakil rakyat maka, berdebat, berucap biarlah berasaskan kepada fakta,” nasihat Datuk Seri Najib kepada semua Ahli Parlimen.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sewajarnya selaku wakil rakyat semua harus beri cadangan, kritikan membina dan kemukakan penyelesaian.

“Riuh kat Parlimen setiap kali bersidang. Belah kiri belah kanan ada je yang menjerit.

“Dari luar pun boleh dengar. Apa yang mahu disampaikan, apa yang mahu dicapai?

“Kita boleh berpolitik pada bila-bila masa tetapi masuk dewan yang mulia, kita wakil rakyat,” tegas bekas Perdana Menteri itu pada Isnin.

Kata Najib adalah lebih baik apabila semua wakil rakyat berhemah dalam mengemukakan fakta ketika berucap di Parlimen.