vivo Y77 5G tawar storan 256GB pada harga hanya RM1,299

- Advertisement -

JENAMA vivo tampil melancarkan telefon pintar terbaharu di pasaran Malaysia. vivo Y77 5G hadir dengan keupayaan 5G dan ciri inovatif yang memenuhi keperluan harian setiap pengguna.

Komited untuk membawa detik ‘That’s Y’ yang lebih bermakna kepada pengguna, vivo Y77 5G direka dengan teknologi termaju namun masih kekal mesra bajet buat pengguna.

Prestasi pantas, mengagumkan

Dilengkapi pemproses Mediatek Dimensity 810 berkuasa, vivo Y77 5G dengan cip 5g dwi-mod membolehkan pengguna menikmati sambungan 5G yang lebih pantas selain turut menawarkan prestasi terbaik untuk tugasan harian serta cekap tenaga untuk hayat bateri lebih baik.

Dengan ROM bersaiz 256GB dan konfigurasi RAM 8GB, vivo Y77 5G turut membenarkan pengguna menyimpan lebih banyak kandungan dan memuat turun pelbagai aplikasi kegemaran mereka.

Peranti ini juga membolehkan storan tambahan diluaskan sehingga 1TB sekali gus memenuhi keperluan penyimpanan pengguna.

Untuk prestasi yang lancar, vivo Y77 5G menampilkan ciri Extended RAM 2.0 untuk pengguna menambah sehingga 4GB ROM yang tidak digunakan kepada RAM besar 8GB menjadikan jumlah RAM sebanyak 12GB.

Ini membolehkan pengguna membuka lebih banyak aplikasi dalam satu masa sambil memastikan semua program berjalan dengan lancar tanpa tersekat ketika bertukar aplikasi.

Lebih mengagumkan, peranti ini turut dilengkapi bateri 5,000mAh memberikan penggunaan sepanjang hari sebelum telefon memerlukan pengecasan pantas dengan teknologi Fast Charge 18W.

Bagi meningkatkan lagi penggunaan bateri, teknologi Mediatek 5G UltraSave turut mengurangkan tenaga yang digunakan seterusnya membolehkan lebih banyak tenaga digunakan sepanjang hari.

Pengalaman fotografi terbaik

Image

Nikmati pengalaman fotografi terbaik dengan sistem kamera AI 50MP pada vivo Y77 5G yang menggunakan sensor JN1.

Peranti ini juga dilengkapi kamera makro 2MP yang membolehkan pengguna merakam pada jarak hanya 4cm.

Selain itu, vivo Y77 5G juga hadir dengan kamera hadapan 16MP yang menggunakan algoritma AI Face Beauty dan Aura Screen Light untuk menangkap butiran terperinci walaupun dalam keadaan malap.

Vivo Y77 5G turut menampilkan Mod Malam Super untuk kedua-dua kamera hadapan dan belakang selain pengguna juga boleh menjadi lebih kreatif dengan Video Dwi-Paparan dan Potret Berbilang-Gaya.

Reka bentuk bergaya, minimalis

Mempunyai paparan Incell FHD+ 6.58″ membolehkan vivo Y77 5G menayangkan visual dalam kontras tinggi dan menghasilkan kualiti visual yang jelas untuk pengalaman ‘Skrin Besar’ yang mengasyikkan.

Dilindungi daripada cahaya biru, pengguna boleh bermain permainan atau menstrim video tanpa membahayakan mata kerana peranti ini turut dilengkapi Mod Perlindungan Mata.

Dengan ketebalan hanya 8.25mm, bingkai rata 2.5D dan berat 194g, vivo Y77 5G menampilkan reka bentuk estetik geometri klasik yang minimalis selain memberikan pengguna cengkaman yang selesa apabila memegangnya.

Hadir dalam dua pilihan warna iaitu Starlight Black dan Glowing Galaxy, pengguna pasti teruja dengan tekstur timbul berkilauan pada kemasan matte Starlight Black serta salutan cecair kristal di atas permukaan matte kristal pada Glowing Galaxy.

Inovasi pengalaman pengguna

Dikuasakan Funtouch OS 12 berasaskan Android 12, vivo Y77 5G membawakan ciri terkini kepada pengguna dengan rekaan yang kemas dan butang kawalan mudah memberikan paparan lebih mesra pengguna.

Untuk pengalaman permainan terbaik, vivo Y77 5G turut menampilkan paparan dipertingkat Ultra Game Mode 2.0 yang mana pengguna boleh mengubah mod tenaga dan melihat statistik telefon dengan mudah, memberikan sesi permainan tanpa gangguan.

Selain itu, Multi-Turbo 5.5 yang baru dikemas kini turut menjadikan peruntukan sumber dan penggunaan memori pada vivo Y77 5G lebih cekap sekali gus membolehkan pengguna memiliki pengalaman mudah alih yang lancar pada setiap masa.

Pra tempah sekarang dan bawa pulang hadiah menarik

Image

Rakyat Malaysia kini boleh membuat pra tempahan bagi mendapatkan vivo Y77 5G pada harga RM1,299 di kedai dalam talian rasmi vivo Malaysia serta kedai rasmi vivo Malaysia di Shopee dan Lazada.

Pelanggan yang membuat pra tempahan mulai hari ini layak menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM597.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk baucar kerjasama jenama daripada Hisense, Rever dan Gravastar, TWS Foome, satu tahun jaminan lanjutan dan satu tahun perlindungan skrin.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi vivo Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat