Lagu Casablanca cetus fenomena di Indonesia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lagu dan video muzik Casablanca duet Nuha Bahrin dan Naufal Azrin mencipta fenomena apabila menjadi karya Malaysia pertama mengungguli carta teratas Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia.

Selain itu, lagu ciptaan bersama Daqmie dan Abdul Karim Al Ali itu turut berada di tangga teratas di Spotify Viral 50 Malaysia, Joox Malay Hits, Carta Top 10 RIM dan 100 Top Apple Music sejak dilancarkan 4 Jun lalu.

Menerusi aplikasi TikTok dan Instagram, lagu terbitan Universal Music Malaysia dan Bee GoodMedia itu mencetuskan fenomena tersendiri apabila dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video dihasilkan pengguna laman sosial.

Muzik video rasmi Casablanca dimuat naik di saluran YouTube Masyhur mencecah lebih 6.5 juta tontonan dan dilayari mencecah lebih 2.5 juta di Spotify.

Begitu aplikasi TikTok, lagu Casablanca mencecah tontonan #casablancachallengemencecah 14.1 juta tontonan.

Nuha berkata, dia tidak menjangkakan lagu Casablanca mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan peminat di Indonesia.

“Saya terkejut, langsung tak sangka lagu Casablanca sampai ke tahap ini. Dalam terkejut tentunya saya teruja dan gembira.

“Saya bersyukur bukan sahaja meraih sokongan di Malaysia, malah, mula dikenali di kalangan peminat Indonesia dan Brunei Darussalam,” katanya.

Naufal pula tidak pernah menjangka lagu Casablanca mampu pergi sejauh itu.

“Saya dan Nuha sudah melakukan yang terbaik dan hanya menyerahkan segala-galanya kepada kuasa Allah.

“Alhamdulillah, Allah memberikan kami rezeki tidak dijangka. Terima kasih Malaysia dan Indonesia,” katanya.

 

Nuha dan Naufal tidak menjangkakan lagu Casablanca mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan peminat di Indonesia.

 

Ditanya mengenai respon peminat terhadap kerjayanya, Naufal berkata, dia mula diikuti peminat baharu.

“Sebelum ini, ramai ‘unfollow’ dan menjauhkan diri daripada saya. Namun, selepas muncul dengan lagu Casablanca, ramai peminat baharu hadir.

“Insya-Allah, saya akan menjaganya. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia,” katanya

Sementara itu, Pengarah A&R & Pemasaran Universal Music Malaysia, Hermond Cheng berbangga dengan pencapaian yang diraih, sekali gus menjadikan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media sebagai syarikat rakaman pertama berada di tangga teratas carta Spotify Viral Indonesia.

“Tidak cukup itu, lagu Casablanca mencipta sejarah apabila menjadi lagu pertama tempatan paling tular dengan menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia, selain menduduki tempat ke-13 Spotify Top 50 Indonesia di penstriman muzik Spotify.

“Casablanca juga mendapat kedudukan tempat pertama di aplikasi JOOX Malay Hits dan tempat kedua aplikasi Apple Music Top 100.

“Bagi kami, ini satu pencapaian yang cukup membanggakan bukan sahaja untuk syarikat rakaman, penyanyi, komposer dan lagu Casablanca itu sendiri,” katanya.

Hermond berkata, pihaknya merakamkan jutaan terima kasih kepada pendengar, peminat dan pengguna laman sosial sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei atau seluruh dunia yang menstrim lagu ini hingga tular dan mencetuskan fenomena luar biasa.

Katanya, karya itu dilihat sesuai buat pendengar yang memiliki ‘crush’ atau dalam alam percintaan.

“Disebabkan itu, lagu Casablanca yang menampilkan Wan Saleh, Amir Hufaz, Khairul dan Daqmie selaku penerbit dan pengubah lagu berjaya diterima baik dan dekat di hati peminat,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat