KPN Mohon Kerajaan Naikkan Elaun Perumahan Polis Anggota Berpangkat Rendah

MT UMNO Akan Bincang 3 Perkara?

CYBERJAYA - Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini dijangka memmbincangkan tiga isu utama hasil daripada pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional sebentar tadi. Menurut sumber...

Ahli politik perlu perbetul keadaaan, walaupun akur titah Agong henti ‘politicking‘

KUALA LUMPUR- Mengakui wajar akur titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya ahli-ahli politik untuk segera menghentikan segala politicking,namun, ahli...

MT UMNO bakal muktamadkan keputusan penting, malam ini

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan bersidang malam ini bakal membuat beberapa keputusan penting berhubung hala tuju politik dan masa...

Hishammuddin tak tolak isu PM letak jawatan dibincang BN hari ini

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu antara inti pati pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn hari ini...

Selepas dikecam, Mat Sabu padam status desak Muhyiddin letak jawatan

Kuala Lumpur - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dikecam hebat kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan...

KUALA LUMPUR 18 Julai — Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerajaan menaikkan elaun perumahan anggota pasukan keselamatan itu untuk membantu meringankan beban yang dipikul mereka susulan peningkatan kos sara hidup.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata keutamaan harus diberikan kepada anggota berpangkat rendah kerana golongan itu dilihat lebih banyak berdepan kesukaran.

Beliau berkata kerajaan perlu mempertimbangkan isu ini kerana terdapat anggota pasukan keselamatan itu yang sering mengadu terpaksa membayar sewa rumah tinggi terutama mereka yang tinggal di bandar besar dan elaun yang diberikan ketika ini tidak mencukupi.

 “Saya selalu meperjuangkan elaun rumah untuk anggota. Saya bukan mahu kenaikan gaji akan tetapi elaun rumah terutama bagi anggota polis yang berpangkat rendah.

“Kalau mereka bergaji RM1,500 manakala rumah sewanya dibayar sebanyak RM600 dengan elaun yang hanya dapat RM260, jadi ia perlu ditambah lebih RM300 lagi,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman di sini.

Abdul Hamid berkata beliau telah memperjuangkan isu kenaikan elaun perumahan sejak Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2018.

Katanya disebabkan pemberian elaun perumahan yang rendah itu juga, beliau sering mempertahan dan melarang penjualan tanah milik PDRM kepada syarikat swasta yang ingin mengambil kesempatan kononnya mahu membangunkan kawasan tersebut.

Beliau berkata tanah milik PDRM harus dibangunkan pasukan keselamatan itu sendiri dan bukannya pihak lain.

“Katakanlah 10 tahun akan datang, kita ada 30,000 warga PDRM di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Jadi sebanyak 30,000 rumah boleh dibina untuk menempatkan mereka.

“Sekurang-kurangnya mereka ini ada rumah dan tak perlu elaun bulanan RM360. Saya akan perjuangkan isu ini demi menjaga kebajikan anak buah saya,” katanya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

MT UMNO Akan Bincang 3 Perkara?

CYBERJAYA - Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini dijangka memmbincangkan tiga isu utama hasil daripada pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional sebentar tadi. Menurut sumber...

Ahli politik perlu perbetul keadaaan, walaupun akur titah Agong henti ‘politicking‘

KUALA LUMPUR- Mengakui wajar akur titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya ahli-ahli politik untuk segera menghentikan segala politicking,namun, ahli...

MT UMNO bakal muktamadkan keputusan penting, malam ini

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan bersidang malam ini bakal membuat beberapa keputusan penting berhubung hala tuju politik dan masa...