Jawatan Pengerusi Bersatu Bakal Dimansuhkan?

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Terdapat ura-ura yang mahu jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digugurkan dari perlembagaan parti itu.

Menurut Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional, Muzzammil Ismail ekoran kekosongan jawatan tersebut, ada usul daripada perwakilan yang meminta Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) agar membuat keputusan pada perhimpunan agung tahunan parti itu pada September ini.

“Sekarang kita tidak boleh buang jawatan Pengerusi kerana persidangan (Perhimpunan Agung Tahunan) belum lagi selesai.

“Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan tetapi ada desas-desus untuk mengemukakan usul membuang jawatan Pengerusi kerana ia hanya boleh dilakukan melalui pindaan perlembagaan parti,” katanya.

Muzzammil bagaimanapun berkata sehinga kini tiada sebarang ketetapan yang dibuat berhubung perkara tersebut.

“Untuk jawatan Pengerusi, masih belum ada ketetapan sama ada akan diisi atau terbubar sendiri, atau hanya jawatan Presiden kekal sebagai jawatan paling tinggi.

Berdasarkan senarai calon layak bertanding dalam pemilihan parti itu yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) mendapati tiada pencalonan bagi jawatan Pengerusi.

Bagi jawatan Presiden, Muhyiddin menang tanpa bertanding apabila pencabarnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat kerana melanggar disiplin parti.

Jawatan Pengerusi sebelum ini disandang Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum beliau mengundurkan diri dengan meletak jawatan pada 24 Februari lalu.

Susulan itu, Tan Sri Muhyiddin selaku Presiden parti memangku jawatan Pengerusi sehingga selesai pemilihan MPT yang baharu pada 22 Ogos depan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,580FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat