Cincin Tersekat Pada Jari Manis

- Advertisement -

REMAJA lelaki terpaksa menanggung azab selama sejam selepas cincin yang dipakainya tersekat pada jari manis tangan kanannya, malam tadi.

Ia menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu pergi ke Unit Kecemasan Hospital Bintulu bagi mendapatkan bantuan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada Hospital Bintulu pada 10.39 malam.

Susulan itu katanya, pihaknya menghantar sepasukan anggota ke hospital berkenaan.

Katanya, bagi tujuan itu, bomba dibantu kakitangan hospital menggunakan peralatan khas iaitu ‘ring cutter’.

“Pemeriksaan dijalankan mendapati jari manis mangsa mengembang serta mengalami kecederaan yang agak serius.

“Kita mengambil masa satu jam bagi memotong cincin berkenaan dan ia berjaya ditanggalkan dari jari mangsa pada 11.30 malam,” katanya.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital bagi diberikan rawatan lanjut.

-Metro-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat