Kolaborasi Ella, Search dinanti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masih segar dalam ingatan peminat yang menyaksikan kemunculannya bersama vokalis baharu band ikonik Search, Denden Gonjalez pada Konsert Search Rockin On Rooftop di Kompleks Campbell di ibu negara, baru-baru ini, ada berita gembira mahu dikongsi Ratu Rock, Ella.

Penyanyi Sembilu itu merancang merakamkan single bersama Denden dan anggota Search lain dan lebih mengujakan, bingkisan itu mungkin akan dipasarkan di tanah tumpah kelahiran Denden, Indonesia.

“Kami merancang dan kami cuba. Kami boleh cuba tembusi pasaran dalam dan luar negara. Namun, semuanya dalam perancangan, Insya-Allah,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi perasaan beraksi di pentas Konsert Search Rockin On Rooftop selepas lebih dua tahun tidak beraksi secara ‘live’ di hadapan penonton, Ella gembira dapat beraksi dengan band idolanya itu.

Malah, Ella atau nama sebenar, Nor Zila Aminuddin juga memuji persembahan bertenaga dan kemampuan vokal Denden biarpun kali pertama beraksi dengan anggota Search di pentas gah.

“Hebat, saya kagum dengan tenaga dan suara Denden. Tidak mudah, tetapi dia berjaya melakukannya. Bagi saya, Denden adalah penyanyi yang bagus, profesional dan sangat tenang.

“Jadi, saya berharap dan rasa positif mereka akan lebih berkembang, Insya-Allah. Saya akan sokong semua kerana Search adalah band idola saya.

“Saya suka dan minat kumpulan Search dari dahulu sampai sekarang. Jadi, saya sangat gembira dan bangga apabila dijemput buat persembahan.

“Pada masa sama, rasa gugup masih ada. Namun, saya berseronok dan bersyukur segala-galanya lancar dan baik,” katanya.

 

Ella sepatutnya bakal beraksi pada konsert di Singapura, bulan depan, namun, terpaksa ditunda berikutan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berbeza di republik itu.

 

Menyampaikan lagu Melayar Bahtera dan Bayangan bersama Denden pada malam itu, Ella berkata, mereka sengaja memilih lagu itu yang dianggap sesuai untuk peminat setia Search.

“Lagu itu jarang kita dengar mereka bawa di konsert. Seperkara lagi, lagu itu jika dibandingkan persembahan secara langsung dan rakaman, ia berbeza.

“Secara peribadi, saya sukakan lirik lagu Melayar Bahtera,” katanya.

Berkongsi kenangan, Ella berkata, dia pernah menjayakan konsert siri jelajah bersama Search pada 2000. Justeru, banyak momen indah dicipta bersama kumpulan rock legenda itu.

“Kami selesa bersama dan apabila bekerjasama, semuanya mudah, Alhamdulillah. Terima kasih kepada peminat yang datang dan yang menyokong.

“Semangat kami naik apabila melihat anda semua hadir. Kita semua memerlukan antara satu sama lain,” katanya.

Ketika semakin ramai artis dan kumpulan rock mementaskan konsert selaras fasa peralihan endemik, Ella juga tidak terkecuali merancang projek sama.

“Kami sedang fokus kepada projek mementaskan konsert di mana ada beberapa lokasi sedang dilihat, sama juga dengan tarikh sesuai.

“Saya percaya semua penyanyi rindu hendak mengadakan konsert. Jadi, apabila kita sudah diberi kelonggaran dan peluang untuk beraksi, mengapa tidak? Semua orang pasti teruja.

“Saya berharap biar siapa pun yang mengadakan konsert, peminat datang beri sokongan. Secara langsung, ini membuatkan industri muzik kita lebih berkembang,” katanya.

Sepatutnya, Ella bakal beraksi pada konsert di Singapura, bulan depan, namun, terpaksa ditunda berikutan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berbeza di republik itu.

Memulakan karier muzik bersama kumpulan The Boys atas nama Ella & The Boys pada 1985 sebelum bergerak solo pada 1988. Terus unggul sebagai penyanyi rock wanita negara sehingga digelar Ratu Rock Malaysia.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat