Pahang Terima Tambahan 440,000 Dos Vaksin – MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kerajaan negeri Pahang akan menerima tambahan vaksin sebanyak 440,000 dos pada Julai depan.

Katanya, dengan penambahan dos vaksin tersebut, Pahang boleh mencapai 80% imuniti kelompok sebelum Oktober 2021 ini.

Wan Rosdy berkata demikian selepas menerima kunjungan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin yang turut sama bersama dalam Mesyuarat Task Force Progam Imunisasi Covid-19 (CITF) Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang.

“Alhamdulilah, hari ini Negeri Pahang menerima kunjungan YB Menteri MOSTI, Encik Khairy Jamaluddin, yang turut menyertai Mesyuarat Task Force Program Imunisasi Covid-19 (CITF) Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur.

“Dengan jumlah peratusan keseluruhan penerima vaksin di Negeri Pahang hanya 13.6%, Kerajaan Negeri Pahang berharap agar jumlah penerima vaksin dapat dipertingkatkan sehingga 80% sebelum Oktober 2021.” ujarnya.

Dalam pada itu, kata Wan Rosdy lagi, bagi menghadapi musim tengkujuh dan situasi banjir yang dijangka bermula pada Oktober ini, kerajaan negeri memohon agar jumlah pemberian vaksin perlu dinaikkan sehingga 30,200 dos setiap hari. Ini menurut beliau lagi, ianya bagi mengelakkan peningkatan jangkitan Covid-19 semasa negeri ini berhadapan dengan bencana banjir.

“Kerajaan Negeri juga telah memohon agar Pusat Pemberian Vaksin di negeri ditambah bagi meningkatkan keupayaan pemberian vaksin kepada rakyat Pahang.

“Saya percaya dengan kerjasama kerajaan persekutuan dan negeri, kita akan dapat merealisasikan hasrat untuk mencapai 80% vaksin bagi Negeri Pahang, pada atau sebelum bulan Oktober 2021.” kata Wan Rosdy. –SuaraTV

May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎Bersama Hentikan Wabak COVID-19 نر قجانت KERAJAAN PAHANG BERTERIMA KASIH PENAMBAHAN 440,000 DOS VAKSIN PADA JULAI DEPAN " Saya ucapkan terima kasih kepada YB Menteri kerana telah sudi mendengar pandangan kami, terutamanya kita tambahkan lagi vaksin ke hadapan untuk kita selesaikan secepat mungkin sebelum musim tengkujuh dan dihantar dalam jumlah besar iaitu 400,00 lebih untuk Julai. " YAB Dato' Sri Hj Wan Rosdy Bin Wan Ismail Menteri Besar Pahang #MohVaksinPahang wanrosdy.com WanRosdyBinWanIsmall wanrosdyofficial MAJUTERUS PAHANG‎"‎‎

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat