Jangan Terpengaruh Jualan Vaksin Covid-19 Di Pasaran atau Talian – KKM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan iklan penjualan vaksin Covid-19 di pasaran atau dalam talian.

KKM menerusi Facebook rasminya memaklumkan, vaksin yang dijual itu mungkin produk tiruan, palsu atau datang dari sumber yang diragui keselamatannya.

“Vaksin Covid-19 hanya dibekalkan oleh kerajaan menerusi Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Sebarang penjualan atau pembekalan vaksin melalui mana-mana medium lain termasuk secara dalam talian adalah tidak dibenarkan,” kata KKM.

Dalam masa yang sama, KKM berharap orang ramai bersabar menunggu giliran masing-masing bagi mendapatkan suntikan vaksin setelah selesai mendaftarkan diri di aplikasi MySejahtera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat