Pembukaan Parlimen Medan Terbaik Cari Penyelesaian COVID-19 – Mohd Razlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pembukaan sidang Parlimen dapat membantu negara dalam usaha memerangi wabak COVID-19, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii.

Menurutnya, pelbagai isu boleh dibincang serta diperdebatkan di Dewan Rakyat, demi kepentingan rakyat, terutamanya Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Katanya, titah Yang di-Pertuan Agong jelas menyatakan Parlimen perlu dibuka secepat mungkin dan turut menegaskan bahawa pelan itu mesti dibahaskan di Parlimen oleh ahli-ahli Dewan.

“Istana Negara begitu serius memberitahu kerajaan hari ini, yang Pelan Pemulihan Negara mesti ada perdebatan dan penerimaan, supaya rakyat dapat satu formula yang cukup baik dalam usaha kita memulihkan negara ini dari sudut ekonomi, sosial dan keselamatan.
“Kita kena faham, Istana bertitah dengan jelas mahu Parlimen dibuka dan Pelan Pemulihan Negara mesti dibahas secepat mungkin,” kata Mohd Razlan ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Katanya, UMNO tetap melihat keutamaan kesihatan dan ekonomi rakyat sebagai perkara paling penting ketika ini, malah ia turut dibangkitkan kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

“UMNO memberi maklum balas kepada Seri Paduka Baginda kerana kegagalan membuat keputusan, yang terlalu lambat, oleh Perdana Menteri, menyebabkan nyawa rakyat diancam dan keselamatan masih tidak terjaga.

“Keadaannya sama juga dengan ekonomi kita yang masih lagi tidak dapat membela semua rakyat,” tambahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat