PKPP: Jangan Salah Guna Kebebasan

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memasuki hari kesembilan menyaksikan lebih banyak ‘kebebasan’ diberikan kepada orang ramai, namun alangkah malang sekiranya rakyat terus menyalah guna ‘kebebasan’ yang diberikan, melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan apabila ada sahaja peluangnya.

Undang-undang yang ditetapkan bukan sahaja membabitkan usaha untuk membendung pandemik COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan diperkenalkan sejak 18 Mac lepas, malah juga bagi tujuan membanteras aktiviti jenayah serta kesalahan di jalan raya.

Sebagai contoh, di mana letaknya kebiasaan baharu dan kawalan kendiri jika hanya dalam lapan hari sahaja PKPP, sudah 80,950 saman dikeluarkan polis terhadap pengguna jalan raya?

Antara kebebasan `baharu’ yang dibenarkan ialah orang ramai boleh bergerak bebas merentas sempadan negeri sejak PKPP dikuat kuasa 10 Jun lepas, dan hari ini juga kedai makan tidak perlu lagi mengehadkan jumlah pelanggan di setiap meja makan di dalam premis mereka.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam turut memberikan lampu hijau kepada ibu bapa membawa anak masing-masing ke pusat membeli-belah dan kedai makan, namun perlu mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Di Sabah pula, panggung wayang serta perkhidmatan kecantikan dan kesihatan telah mula dibenarkan untuk beroperasi semula bermula semalam.

Di Melaka juga sama, kerajaan negerinya bersetuju meluluskan 100 lokasi tapak baharu bagi pembukaan pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam, dan bazaria dalam tempoh PKPP dilaksanakan bagi membolehkan peniaga kecil kembali memperoleh pendapatan selain menjana semula ekonomi negeri.

Di Kedah pula, hampir 90 peratus daripada sektor pelancongan negeri berkenaan termasuk di Langkawi, telah dibenarkan beroperasi semula.

Namun, segala kebebasan ini tidak bermaksud negara bebas daripada penularan COVID-19, malah di saat kita merasa ‘lega’ kini, angka penularan virus pula di kalangan warganegara menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit walaupun masih di angka satu digit.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sehingga 12 tengah hari semalam, terdapat tujuh kes baharu melibatkan warganegara, manakala hari sebelumnya empat, dan tiga masing-masing.

Akhir kata, walaupun banyak ‘kebebasan’ diumumkan, rakyat perlu `hidup’ dengan amalan norma baharu dan kawalan kendiri dan setiap warganegara tidaklah bebas daripada SOP dan undang-undang.

– BERNAMA

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...