Kalau 8 lagi MP ikut jejak Rafizi, PKR jadi “the loser” – Puad

KUALA LUMPUR – Ahli Majli Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Rafizi Ramli atas tindakan beraninya meninggalkan PKR.

Menurut Puad, secara automatik Parti Bersama Malaysia atau Malaysian United Party (Bersama) sudah ada dua ahli Parlimen.

“Kalau lapan lagi ikut jejak Rafizi, bermakna parti itu akan ada 10 ahli Parlimen. Maka PKR adalah “the loser”.

“PKR menjadi minoriti kerana UMNO lebih ramai MP berbanding PKR.

“Tetapi yang lebih penting ialah akan ada kekosongan. Rafizi mengambil langkah “gentleman”. Beranikah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan PRK di Pandan dan Setiawangsa walaupun tempoh tiga tahun sudah berlaku,” soal Puad,

Tambah Puad lagi, dalam konteks Malaysia, seorang pejuang lebih realistik kalau dia menggunakan uslub partisan iaitu parti politik.

“Kuasa penting untuk merubah atau reform.

“Sudah pasti Rafizi akan jadi Presiden Parti Bersama Malaysia. Kalau dalam PKR dia disekat jadi Presiden, kini dia berpeluang membangun sendiri parti politik dengan cara dia. Mampukah Rafizi menjadikan parti iti sebagai parti akar umbi dan akhirnya dapat kuasa untuk memerjntah?

“Ia cabaran besar pada Rafizi. Kalau berjaya Rafizi memang hebat. Dia memang hebat kerana KJ tidak seberani Rafizi.

“Di Konvensyen PKR di Johor. Anwar bercakap berdegar degar akan lawan semua kerusi di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang kerana kecewa dengan keputusan BN Johor. Maka sahutlah cabaran Rafizi dan Nik Nazmi.

“Buat PRK dan pulangkan kepada rakyat untuk beri mandat baru. Beranikah Anwar? tanya Puad lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat