KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad telah menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul untuk memaklumkan peletakan jawatan kami sebagai Ahli Parlimen.
Katanya, dengan ini mereka berdua mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa berikutan hasrat meneroka untuk meneroka agenda politik yang baru.
“Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di Parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum yang lepas.
“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal.
“Pusat Khidmat kami akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi-pengundi.
“Kami juga akan kembali bertanding di Parlimen Pandan dan Setiawangsa di atas platform BERSAMA dalam pilihan raya yang akan datang,” jelasnya dalam kenyataan Bersama pada Isnin.



