Kerajaan GRS Stabil, Tiada Perubahan Pentadbiran Kerajaan Negeri

PUTATAN: “Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih stabil,”.

Demikian reaksi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung khabar angin yang mendakwa berlakunya perubahan kuasa pentadbiran negeri Sabah.

Menurutnya, GRS kekal stabil dalam mengemudi mandat yang telah diberikan rakyat selepas Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN-16) lalu.

“Untuk makluman, kerajaan GRS begitu stabil. Kita mempunyai satu keadaan politik yang stabil kita telah diberi mandat oleh rakyat memerintah.

“Jadi fokus kita adalah untuk membangunkan negeri Sabah,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Meruntum pada Isnin.

Menurut beliau, isu terbabit sengaja disensasikan dalam cubaan merosakkan perpaduan dalam kalangan parti komponen GRS yang memerintah Sabah.

“Saya tidaklah menumpukan perhatian kepada isu-isu seumpama ini kerana hari ini pun kita baca Setiausaha Agung PBS telah pun membuat penafian mengenai perkara ini jadi ianya sesuatu yang hanya dimainkan oleh pihak tertentu,” katanya.

Sehubungan itu, jelas beliau lagi, rakyat Sabah diminta tidak terpengaruh dengan sebarang propaganda yang dimainkan pihak tertentu.

“Kita sekarang memberi tumpuan kepada pembangunan rakyat jadi saya berharap rakyat tidak akan terpengaruh dengan isu-isu yang dimainkan ini,”katanya.

– Astro Awani

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Ada MP UMNO ‘Sign’ Dokumen Sokong Anwar, Zahid Jadi Saksi, Dakwa Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada UMNO mengaku dirinya telah menandatangani dokumen sokongan...

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...

BBC, Majlis Pembangkang Selangor Sokong Persidangan Dun Diadakan Segera

KUALA LUMPUR: Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...