Misteri Kematian Duta China Ke Israel

- Advertisement -

Jerusalem: Duta Besar China ke Israel, Du Wei yang baru sahaja memulakan tugas di negara berkenaan Februari lepas, ditemui mati dalam keadaan misteri semalam. Mayat duta besar China ditemui di kediaman rasminya di Hertzaliya, 10km dari Tel Aviv.

Kementerian Luar Negeri Israel juga telah mengesahkan perkara ini. Kejadian ini menjadi sensasi di media antarabangsa kerana ia muncul di tengah-tengah kemelut politik paling genting dalam sejarah Israel berikutan kegagalan parti-parti politik bekerjasama untuk membentuk kerajaan walaupun setelah 3 pilihanraya umum diadakan untuk menamatkan kemelut tersebut.

Dibawah perjanjian perkongsian kuasa yang baru dimetrai, Perdana Menteri berhaluan kanan Benjamin Nentanyahu akan memegang jawatan tersebut selama 18 bulan sebelum pesaing politiknya, Benny Gantz – sekarang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, mengambil alih jawatan berkenaan.

Menurut laporan, polis sedang menyiasat kediaman duta berkenaan. Walau bagaimanapun, Kedutaan Besar China belum memberikan maklum balas mengenai perkara ini. Menurut media Israel, tidak ada tanda-tanda keganasan di rumah Duta Besar itu. Mereka yang terlibat dalam siasatan mengesyaki bahawa kematian duta itu mungkin disebabkan oleh serangan jantung.

Pada masa ini, punca kematian belum diketahui.

Mayat Wei yang berusia 58 tahun ditemui terbaring di atas katilnya dan polis dimaklumkan bahawa beliau mati dalam tidurnya. Wei meninggalkan seorang isteri dan seorang anak. Beliau dilantik sebagai Duta China ke Israel pada bulan Februari. Sebelum penugasan di Israel, beliau adalah Duta China ke Ukraine – sumber pelbagai

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat