Jangan Guna Nama Batman, Superman & Badang Masuk Premis Perniagaan

Warisan Didakwa Tawar ADUN PBS Duit, Jawatan Untuk Lompat

Kota Kinabalu - Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal cuba bermain politik kotor. PBS...

#PRNSabah : Beberapa ADUN Warisan Dijangka Akan Lompat Parti Sertai GRS

Kota Kinabalu - Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Warisan Sabah (Warisan) di katakan akan melompat untuk menyertai kerajaan negeri pimpinan Gabungan...

Gabungan Parti Peroleh Kerusi Terbanyak Adalah Sah – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan...

#PRNSabah : TYT Dijangka Umum Bakal Ketua Menteri Esok

Kota Kinabalu - Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di katakan bakal mengumumkan perlantikan Ketua Menteri yang baharu esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO,...

GRS Menang PRN Sabah Petanda Baik Jika Mahu Bubar Parlimen – PAS

CYBERJAYA - PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, PN dan PBS dalam PRN Sabah semalam sebagai petanda baik jika kerajaan...

PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai supaya memberi maklumat seperti nama dan nombor telefon dengan betul, ketika memasuki premis perniagaan.

Ia berikutan terdapat ramai di kalangan rakyat Malaysia yang memberikan nama dan nombor telefon yang tidak betul sebelum memasuki premis-premis berkenaan.

Tindakan ini jelasnya menyukarkan pihak berkuasa untuk menghubungi mereka sekiranya terdapat kes positif Covid-19 di premis terbabit.

“Saya difahamkan ramai yang tidak memberi nama dan nombor telefon betul seperti guna nama ‘Badang’, Superman dan Batman. Jadi kalau terjadi apa-apa, kita sukar hubungi mereka.

“Saya harap kepada pengunjung, sila letak nama sebenar (kerana) sekiranya ada kes-kes kecemasan yang berkaitan kes-kes positif COVID-19 di tempat itu, (mereka) mudah untuk dihubungi,” katanya dalam sidang media harian di sini hari ini.

Ismail menambah, sehingga kini, tiada keperluan untuk meletakkan nombor kad pengenalan dan alamat rumah ketika mendaftar masuk bagi mengelakkan maklumat disalah guna oleh orang yang tidak bertanggunjawab.

Dalam sidang media sama, Ismail Sabri berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengumumkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan esok bagi mengawal kenaikan harga barangan keperluan menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.

“Menteri berkaitan (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi memaklumkan kepada saya mengenai pengumuman itu. Skim itu bukan sahaja tertumpu kepada harga ayam malah pelbagai barangan keperluan lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta peniaga mematuhi skim tersebut memandangkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) permintaan ayam berkurangan disebabkan tidak banyak restoran beroperasi.

Katanya, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan merupakan mekanisme terbaik bagi mengelak mana-mana pihak mengambil kesempatan dengan menaikan harga barang keperluan.

Mengenai status bekalan makanan, Ismail Sabri memberi jaminan bekalan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan serta mudah diperoleh.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) turut melaporkan status semasa bekalan makanan seperti daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan serta beras berada pada tahap stabil dan mencukupi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata masih terdapat 7,384 pelajar dari Sabah yang belum dihantar pulang dari kampus IPT di Semenanjung kerana pusat kuarantin yang disediakan kerajaan negeri tidak dapat menampung jumlah kepulangan pelajar untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari.

“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi bersama Kerajaan Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk mewajibkan setiap pelajar yang ingin pulang menjalani ujian swab COVID-19, sebelum mereka berlepas pulang.

“Bagi mereka yang disahkan negatif COVID-19 akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan. Manakala bagi yang disahkan positif, mereka akan dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.

 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Warisan Didakwa Tawar ADUN PBS Duit, Jawatan Untuk Lompat

Kota Kinabalu - Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal cuba bermain politik kotor. PBS...

#PRNSabah : Beberapa ADUN Warisan Dijangka Akan Lompat Parti Sertai GRS

Kota Kinabalu - Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Warisan Sabah (Warisan) di katakan akan melompat untuk menyertai kerajaan negeri pimpinan Gabungan...

Gabungan Parti Peroleh Kerusi Terbanyak Adalah Sah – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan...