Video: Masyarakat Sambut Baik PKPB, Peluang Beli Persiapan Aidilfitri

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Rata-rata masyarakat menyambut baik langkah kerajaan melaksanakan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan minggu lalu.

Tinjaun SuaraTV di gedung tekstil Kumpulan Jakel petang tadi, mendapati masyarakat mula sibuk membeli belah bagi menyiapkan persiapan untuk menyambut sambutan Aidilfitri Ahad ini.

Menurut Puan Emi dari Kelana Jaya, langkah tersebut secara tidak langsung mampu memberikan ruang kepada usahawan kecil dan sederhana untuk kembali ‘bernafas’ sekaligus merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara.

“(Kelonggaran PKPB) boleh merangsang (kembali) ekonomi negara kerana aliran duit (kembali bergerak) dan ia bagus untuk negara.

“Persiapan kami tahun ini ala kadar seorang satu baju sahaja (tambahan pula) PM dah umum kita raya sehari (jadi) kelonggaran ini kami gunakan untuk membeli persiapan bagi menyambut Raya,” katanya.

Mohd Fauzi Ismail dari Pandan Dalam pula berkata sambutan Aidilfitri pada tahun ini hanya bersifat ala kadar namun dia tetap memastikan kelengkapan anak-anaknya dipersiapkan.

“Sambutan Aidilfitri tahun agak terbatas kerana kami akan lebih banyak duduk di rumah bersama isteri dan anak-anak sebab tak dapat buat benda yang biasa kita buat (seperti tahun sebelumnya).

“Jadi untuk tahun kami beli secara ala kadar, beli untuk anak-anak sahaja yang penting selesaikan mereka dahulu, kita tak apa,” jelasnya.

Puan Ika dari Damansara ketika ditemui pula memuji pendekatan gedung pakaian Jakel kerana mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi keselesaan dan keselamatan para pelanggan.

“Persiapan saya untuk tahun ini lebih kepada anak-anak yang penting mereka sebab kami boleh guna baju sebelum ini.

“Bagus Jakel, mereka ambil data untuk direkodkan di dalam komputer berbanding tempat lain hanya mengunakan buku untuk tulis,” ujarnya .

Sementara itu Pengarah Pemasaran Kumpulan Jakel, Azlan Hj Abu Bakar berkata, walaupun kehadiran para pelanggan begitu ramai namun mereka sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sentiasa dipatuhi.

“Walaupun menerima sambutan yang mengalakkan dari pelanggan tahun ini, kami tetap tidak melupakan SOP yang diarahkan oleh kerajaan.

“Bermula dari 4 Mei (pembukaan semula selepas PKP) kami akur dan mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak berwajib antaranya penjarakan sosial, gel mencuci tangan dan pengunaan topeng muka,” katanya.

Menurut Azlan lagi, demi memastikan keselamatan pengunjung terus terjamin mereka turut menyediakan gel pencuci tangan dan topeng muka secara percuma.

“Jakel menyediakan 100 ribu topeng muka percuma kepada semua para pelanggan malah kami turut menugaskan seorang pengurus di setiap tingkat untuk memantau penjarakan sosial sentiasa dipatuhi, untuk memastikan pelanggan kami selesa dan selamat ketika berbelanja.

“Selain pemantauan yang dilakukan, kami turut membuat pengumuman setiap 20 minit melalui pembesar suara untuk mengingatkan pelanggan agar sentiasa memastikan penjarakan sosial, pemakaian topeng muka dan mengunakan gel pencuci tangan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Langkah ini kami laksanakan di semua cawangan Jakel di seluruh Malaysia,” jelasnya lagi.

Azlan turut menyeru agar para pelanggan mengunakan peluang harga junam yang ditawarkan, untuk memastikan sambutan Aidilfitri tahun ini terus meriah seperti sebelumnya.

“Sambutan semakin mengalakkan jadi saya mengalu-alukan kepada para pelanggan untuk mengambil peluang (berbelanja) kerana harga yang ditawarkan adalah yang termurah sepanjang 10 tahun Jakel bertapak di Kuala Lumpur.

“Terima kasih diucapkan dan kami sangat menghargai sokongan para pelanggan terhadap Jakel selama ini,” katanya lagi. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat