Nasran Omar dilantik sebagai Akauntan Negara Malaysia yang baharu

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Timbalan Akauntan Negara (Korporat) Hj. Nasran Omar telah dilantik
sebagai Akauntan Negara Malaysia (ANM) yang baharu berkuat kuasa 17 April 2026 menggantikan Dato’ Zainani Jusoh, yang bersara wajib pada 16 April 2026.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dalam kenyataan memaklumkan surat pelantikan Nasran sebagai ANM telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dekat sini pada Rabu.

“Nasran merupakan anak kelahiran Sungai
Siput (U), Perak berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sarjana Pengurusan Perniagaan-MBA (UTM).

“Selain itu, mempunyai keahlian professional The Malaysian Institute of Certified Public Accountants-CPA (M), Malaysian Institute of Accountant-C.A (M) dan The Chartered Institute of Public Finance and Accountancy-CPFA (UK),”kata kenyataan itu pada Khamis.

“Nasran berpengalaman sebagai penjawat awam lebih dari 31 tahun, mula menyertai sektor awam pada tahun 1994 sebagai Penolong Pengarah di Seksyen Piawaian Perakaunan, JANM dan sepanjang
perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di peringkat kerajaan negeri dan persekutuan.

“Antaranya sebagai Bendahari Negeri Melaka, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perdagangan Antabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Beliau turut mempunyai kepakaran dalam mengendalikan perakaunan dan kewangan sektor awam, termasuklah pengurusan akaun negeri, operasi perakaunan, pengurusan dana dan pengauditan, perakaunan forensik dan penyediaan penyata kewangan,”katanya lagi.

“Sebelum dilantik sebagai Timbalan Akauntan Negara (Korporat), beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi (BPOPA) JANM sejak tahun 2023 sehingga 2025 yang mengurus aliran tunai kerajaan dan menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan.

“Beliau yang juga merupakan anggota Institut Akauntan Malaysia (MIA) mempunyai juga pengalaman luas dalam pembangunan sistem perakaunan kerajaan turut menyumbang kepakarannya dalam membangunkan Piawaian Perakaunan Islam bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf (PPIBZW) yang telah dibangunkan JANM.

“PPIBZW merupakan pelaporan kewangan dan perakaunan berkaitan aset (termasuk aset wakaf), liabiliti, hasil dan belanja bagi institusi baitulmal, zakat dan wakaf.

“Pembangunan PPIBZW ini adalah piawaian perakaunan Islam pertama di dunia yang akan meletakkan Malaysia sebagai antara peneraju bidang perakaunan dan kewangan sektor awam peringkat global,”tambahnya.

Tambahnya lagi, JANM merakamkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada pihak Kerajaan atas kepercayaan yang diberikan kepada Nasran bagi menggalas tugas dan amanah sebagai ANM. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat