MCMC Siasat Individu Sebar Berita Palsu Dakwaan Diesel ke Filipina

CYBERJAYA, – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan berita palsu berkaitan dakwaan pembekalan bahan api diesel ke Filipina.

Menurut kenyataan MCMC, pihak berkuasa mengesahkan bahawa diesel yang diperkatakan itu adalah milik syarikat perdagangan antarabangsa, Vitol, dan bukannya milik Petronas atau kerajaan Malaysia.

Individu berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan pada Jumaat, manakala peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut turut disita bagi membantu siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

MCMC dalam masa sama menegaskan bahawa pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital untuk menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam,” menurut kenyataan itu lagi.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat