Zizan Razak arah telefilem pertama

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelawak dan pelakon, Zizan Razak teruja dan berdebar menantikan maklum balas daripada penonton untuk telefilem Heistdilfitri arahan pertamanya yang akan ditayangkan pada hari raya kedua nanti.

Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 39, berkata, sekarang adalah masanya untuk dia menerokai bidang baru sebagai pengarah selepas lebih sedekad berkecimpung dalam karier seni.

“Saya dah lama dalam industri, termasuk banyak filem sudah dilakonkan bersama pengarah terkenal seperti Ghaz Abu Bakar, Syamsul Yusof, Syafiq Yusof dengan ramai lagi. Jadi, saya melihat cara mereka bekerja di lokasi dan menimba ilmu.

“Alhamdulillah, sekarang saya pula sudah menjadi pengarah dan syukur juga dapat bekerja dengan Issey Fazlisham sebagai pengarah bersama untuk projek telefilem sulung kami,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Zizan ditemui pada sidang media telefilem Heistdilfitri secara virtual yang juga dihadiri Issey dan pelakon Shiqin Kamal sebagai watak utama dalam kisah ‘rompakan’ malam raya oleh tiga perompak yatim piatu yang mempunyai impian beraya dalam sebuah keluarga.

 

ZIZAN
ZIZAN

 

Mengulas juga mengenai cabaran, Zizan berkata, paling utama dihadapi ialah kekangan masa kerana dia mendapat idea untuk menghasilkan telefilem Heistdilfitri itu secara tiba-tiba ketika lepak bersama Issey.

“Kami merancang semuanya dengan penulis skrip dan memilih pelakon dalam masa singkat selepas stesen TV berminat dengan idea yang dibentangkan.

Selain itu, jadual penggambaran juga banyak dilakukan pada waktu malam hingga ke pagi.

“Kira-kira 70 peratus adalah babak malam dan ia agak memenatkan kerana waktu tidur yang berubah walaupun kerja penggambaran kami tidak melebihi 20 jam,” katanya memaklumkan penggambaran dibuat 10 hari sebelum Ramadan.

Zizan yang akan muncul dengan filem Polis Evo 3 di pawagam tidak lama lagi berkata, dia juga sudah ada beberapa projek baharu dalam perancangan yang akan diarahkan selepas ini.

Selain Zizan sebagai Ibrahim, Issey (Mus) dan Shiqin (Anis), telefilem Heistdilfitri yang bakal ditayangkan di Astro Ria pada Syawal ini turut dibintangi Khir Rahman, Maria Farida dan Jihaa Sham.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat