Syamsul Yusof kunci mulut

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Syamsul Yusof, 39, mengambil langkah mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen sebaik prosiding kes tuntutan cerai isterinya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, berakhir.

Berbanding kebiasaannya dia mudah memberikan kerjasama kepada media, Syamsul sebaliknya bertindak terus ke keretanya sebaik keluar dari kamar mahkamah.

“Hari ini keputusannya, itulah dia. Saya tak nak komen apa-apa dah. Kita ikut proses mahkamah. Bagilah soalan pada peguam saya,” katanya sambil berlalu.

Ditanya soalan dengan siapa dia meraikan Aidilfitri sama dengan isteri kedua, Ira Kazar atau keluarganya, Syamsul hanya menjawab ringkas.

“Dengan saya…alhamdulillah syukur,” katanya.

Terdahulu, proses perceraian pasangan Syamsul dan Puteri Sarah yang dijadualkan berlangsung hari ini, tidak berjaya dilakukan apabila kedua-dua mereka gagal mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara.

Pengarah filem ini mengubah fikiran apabila tidak jadi menceraikan isteri pertamanya itu.

Apabila diajukan soalan mengenainya, Syamsul enggan menjawab dan meminta wartawan bertanya dengan peguamnya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat