PBB; SEKURANG-KURANGNYA 185 TERBUNUH DALAM PERTEMPURAN DI SUDAN

- Advertisement -

NEW YORK – Sekurang-kurangnya 185 orang terbunuh dan 1,800 lagi cedera dalam pertempuran di Sudan, kata pengantara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Jerman Volker Perthes menerusi sidang video di New York.

Di ibu negara Khartoum, pertempuran sengit masih berterusan di kebanyakan jambatan, di sekitar lapangan terbang antarabangsa dan ibu pejabat tentera, katanya. Pertempuran juga berlaku di wilayah Darfur, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Perebutan kuasa yang berlarutan antara tentera di bawah pimpinan pemerintah Abdel Fattah al-Burhan dan saingannya Rapid Support Forces (RSF) yang diketuai timbalannya Mohammed Hamdan Daglo semakin memuncak pada hujung minggu.

Sehingga kini masih belum jelas puak mana yang mempunyai kelebihan di medan perang memandangkan situasi yang mengelirukan serta kenyataan yang bercanggah daripada kedua-dua pihak dalam konflik itu.

—BERNAMA

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat