Sukan Komanwel 2026: Bimbang Malaysia terbeban, kaji dulu implikasi kewangan – Faizal Azumu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meluahkan kebimbangan Malaysia akan berdepan situasi sukar jika menerima ‘lamaran’ untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 selepas Victoria, Australia menarik diri.

Beliau berkata, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.

“Dalam jangka masa dua tahun, saya amat bimbang jika ia akan menjadi beban yang terlalu berat sehingga boleh meletakkan negara dalam keadaan yang sukar.

“Kajian menyeluruh amat perlu dilakukan sebelum membuat keputusan besar ini. Terutama sekali daripada segi kewangan,” memetik Sinar Harian.

Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan suntikan dana 100 juta pound (RM602 juta) kepada Malaysia yang pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1998.

Victoria menarik diri kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AS$2.6 bilion (kira-kira RM8.09 bilion) kepada AS$7 bilion (kira-kira RM21.78 bilion).

Faizal juga tidak menolak kemungkinan untuk bersetuju agar Malaysia menjadi tuan rumah sekiranya keputusan tersebut dibuat lebih awal berbanding tempoh singkat dua tahun sebelum temasya berlangsung.

“Saya setuju kita menjadi tuan rumah jika keputusan mengenainya dibuat lebih awal dan kajian kebolehupayaan dapat dibuat sebelum keputusan itu dibuat,” katanya yang mengalas jawatan nombor satu di Kementerian Belia dan Sukan bermula 30 Ogos 2021 hingga 10 Oktober 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan membincangkan dengan terperinci dan mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan muktamad berhubung tawaran untuk Malaysia menjadi tuan rumah temasya temasya tersebut.

Terdahulu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan telah berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan mengenai cadangan menganjurkan temasya itu susulan undangan rasmi daripada CGF kepada MOM yang juga dikenali sebagai Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia bulan lalu.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, CGA Malaysia berpandangan kerajaan perlu menimbangkan peluang ‘sekali seumur hidup’ itu di samping sokongan serta pelaburan kewangan berkaitan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat