Ini soal hina umat Islam, mujur belum ada KK Mart dibakar – Puad bidas Sin Woon

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon dinasihatkan supaya tidak memandai-mandai menjadi pembela kepada kedai serbaneka KK Mart yang menjual stoking tertera kalimah Allah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menempelak kenyataan Sin Woon yang meminta Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh supaya tidak memperbesarkan isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart.

“Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon cuba memandai mandai jadi pembela kepada kedai serbaneka KK Mart.

“Ini bukan membesar besarkan isu. Ini soal agama. Ia menghina umat Islam. Umat Islam pelanggan utama KK Mart,” bidas Puad.

Menurut Speaker DUN Johor itu lagi, dakwaan Sin Woon bahawa boikot terhadap KK Mart adalah membabi buta dan semborono menambah sakit hati pengguna umat Islam.

“Apa maksud Setiausaha Agung MCA bahawa tindakan boikot itu menyebabkan negara jadi mangsa? Mana lebih berat jika berlaku huru hara berbanding boikot.

“Sekurang kurangnya tidak ada kedai KK Mart dibakar seperti apa yang berlaku di negara lain jika sensitiviti agama tidak dijaga,” katanya.

Puad menegaskan, sepatutnya MCA menegur KK Mart dan bukannya jadi pembela membabi buta kepada KK Mart.

“Hormati kuasa pembeli umat Islam,” kata Puad.

Sin Woon dipetik berkata, Dr Akmal juga tidak sepatutnya membuat gesaan supaya umat Islam memboikot kedai serbaneka berkenaan, kerana tindakan secara semberono itu hanya akan merugikan negara.

Media sebelum ini melaporkan Pemuda Umno memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Super Mart untuk memasang kain rentang di kesemua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Dr Akmal memberi amaran bahawa Pemuda Umno akan memulakan boikot lebih kuat terhadap KK Super Mart sekiranya pengurusan kedai serbaneka itu gagal mematuhi tuntutan pergerakan berkenaan.

Bahkan, Dr Akmal menegaskan, Pemuda Umno meneruskan kempen boikot KK Super Mart dengan meminta orang ramai memeriksa sama ada pengurusan kedai serbaneka itu sudah menaikkan kenyataan permohonan maaf seperti yang dituntut pergerakan berkenaan.

Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Rabu lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ‘Allah’, di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata jualan stoking berkenaan telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Pengendali rangkaian kedai serbaneka itu turut meminta supaya pengguna tidak memboikot perniagaan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat