Ramona pasang impian bina organisasi e-Sukan

- Advertisement -

RATU permainan video Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) Malaysia, Ramona Azween Zaharuddin memasang angan-­angan memiliki organisasi e-Sukan sendiri apabila bersara sebagai pemain sukan elektronik pada masa depan.

Bagaimanapun, impian itu tidak akan direalisasikan dalam waktu terdekat memandangkan Ramona, 32, masih aktif bersaing di peringkat tertinggi bersama pasukan berpangkalan di China, Tyloo.fe HSG.

Lebih menarik, Tyloo.fe adalah sebuah pasukan yang berstatus elit di China dan cukup berpengaruh serta dikenali di seluruh dalam ‘gelanggang’ permainan CS:GO wanita.

“Selepas saya berjaya memenangi gelaran tertinggi untuk permainan CS:GO dan kemudian bersara sebagai pemain, saya mahu menceburi bahagian ­pengurusan e-Sukan.

“Ibu bapa sekarang sudah boleh menerima e-Sukan sebagai kerjaya yang sah. Oleh sebab itu ramai anak muda sekarang bersemangat tinggi untuk menjadi pemain profesional.

“Situasi ini membuatkan saya mahu bekerja lebih keras supaya suatu hari nanti saya dapat membantu bakat-bakat muda menjadikan gaming (e-Sukan) sebagai karier mereka,” kata Ramona yang berasal dari Subang Jaya, Selangor.

RAMONA mahu membantu bakat-bakat muda menjadikan e-Sukan sebagai karier pada masa depan.

Nama Ramona bukan asing lagi dalam arena e-Sukan negara kerana aktif dalam industri e-Sukan sejak berusia 14 tahun yang ketika itu popular dengan permainan video Counter Strike 1.3.

Justeru, tidak hairan Ramona begitu aktif mempromosi e-Sukan dan pada masa sama lantang memperjuangkan kebajikan pemain serta mutu penganjuran kejohanan di Malaysia.

Ramona berjaya meraih pelbagai kejayaan dalam kejohanan tempatan dan antarabangsa termasuk mengetuai bekas kelab­nya, Orange Sphyn yang membariskan semua pemain wanita menjuarai Kelayakan Malaysia WESG 2018.

Selain Ramona, Orange Sphynx ketika itu turut diwakili Aisya Sabrina Sabri, Iffah Nazurah Saidi, Jasmine Christina Sim Huiyan, Shanice Choo Xin Ru dan Intan Farhana Harun Noor Rashid.

Pada masa sama, Ramona berjaya membantu ­Orange Sphynx mencatat sejarah tersendiri apabila muncul naib juara Kejuaraan Wanita
Asia ZOWIE Divina 2019 di Shanghai, China sekali gus layak ke DreamHack Showdown Valencia 2019.

Seminggu selepas kejohanan di Valencia, Ramona membuat kejutan apabila meninggalkan Orange Sphynx dengan me­nyertai Tyloo.fe pada Julai 2019 dan berjaya membantu pasukan itu mara ke World Finals WESG 2020.

Sementara itu, Ramona percaya Counter Strike masih relevan kerana mempunyai peminat tersendiri biarpun terpaksa bersaing dengan lambakan permainan mudah alih ketika ini antara­nya Mobile Legends, PUBG Mobile, Free Fire dan League of Legends: Wild Rift.

“Pengaruh Mobile Legends dan PUBG Mobile sangat kuat di Asia Tenggara kerana ia lebih mudah diakses berbanding PC (komputer). Contoh, telefon berharga RM600 sudah cukup untuk bermain dan sertai mana-mana kejohanan.

“Sebaliknya, (pemain) perlu membuat pelaburan besar untuk bermain judul permainan tertentu menggunakan komputer.

“Begitupun, CS:GO masih berdiri kukuh dalam industri (e-Sukan) sejak 20 tahun yang lalu. Saya percaya pe­ngaruh dan po­pulariti permainan ini akan terus meningkat serta berkembang lebih pesat,” jelasnya.

 

_K!Online_

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat