Hello Polis, Ada Penceroboh Berkomplot Langgar Zon Risiko Tinggi Covid – Najib

- Advertisement -

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pembangkang mengadakan pertemuan di pawagam, stadium atau pusat spa dan bukan di Parlimen kerana kawasan itu dikategorikan berisiko tinggi jangkitan Covid-19.

Sindiran itu dibuat apabila pembangkang berhasrat mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin ini, bagi membincangkan pelbagai isu semasa.

“Hello polis, saya nak beri maklumat. Ada sekumpulan penceroboh tengah berkomplot untuk langgar zon paling tinggi risiko Covid-19 di Malaysia Isnin depan.

“Mohon tangkap dan denda RM10k seorang. Korang (pembangkang) ‘meeting’ sahaja dekat stadium, cinema atau ‘health spa’ sebab sains dan data buktikan tempat-tempat itu kurang bahaya,” katanya di Facebooknya hari ini.

Pada 3 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata persidangan Parlimen bukan digantung tetapi ditangguhkan atas faktor perundangan, sains serta data pandemik Covid-19 ketika ini.

Takiyuddin berkata, pihaknya juga tidak mahu membahayakan Ahli Parlimen yang rata-rata boleh dikategori sebagai kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Menurutnya, daripada 220 Ahli Parlimen, 77 berusia 61 hingga 69 tahun, 19 berusia 70 hingga 79 tahun dan empat lagi berusia 80 tahun ke atas. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat