Setahun PKP: Kami Masih Berjuang – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masih terngiang-ngiang dalam ingatan, apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac tahun lalu.

Menjelang setahun pelaksanaan PKP, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Menerusi satu perkongsian di Facebooknya pada Rabu, beliau berterima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang banyak memerah keringat dalam perjuangan ini.

Sumber Facebook DGHisham

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membendung wabak ini.

“Terima kasih Perdana Menteri atas penghargaan yang diucapkan semasa Perutusan Khas Perdana Menteri Mengenai COVID-19 dan semasa Sidang Majlis Keselamatan Negara: Pengurusan COVID-19, 16 Mac 2020.

“Sesungguhnya kami semua warga KKM dari pelbagai skim perkhidmatan yang berkhidmat di segenap pelusuk negara menghargai ucapan Perdana Menteri dan akan terus berkhidmat untuk negara.

“Setahun telah berlalu dan kami masih berjuang memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam negara kita. Insya-Allah dengan kepatuhan semua kepada SOP kita akan menang,” jelas beliau – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat