MEDAC komited segerakan inisiatif PEMERKASA- Wan Junaidi-

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) komited memastikan inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dapat dinikmati segera oleh usahawan sasaran.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata menerusi inisiatif itu, pihaknya mengenal pasti serta menyokong pemberian insentif yang berkaitan usahawan dan koperasi.

Katanya, pengumuman PEMERKASA oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berupaya membantu usahawan meneruskan dan memulihkan aktiviti perniagaan yang terkesan akibat kelembapan berikutan pandemik COVID-19.

“Antaranya, lebih sejuta usahawan dijangka menerima manfaat menerusi bantuan one-off RM1,000 menerusi Geran Khas Prihatin atau GKP 3.0.

“Bagi usahawan sektor informal, TEKUN Nasional akan menyediakan dana tambahan sebanyak RM60 juta, terutama untuk Skim Pembiayaan Informal dengan had pembiayaan sehingga RM5,000 bagi perniagaan secara kecil-kecilan daripada rumah, pasar malam dan pasar tamu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, pemerkasaan usahawan wanita melalui Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro, serta Program Shop Malaysia Online dengan dana sebanyak RM30 juta berupaya membantu mereka beralih ke pasaran dalam talian.

Jelasnya, menerusi PEMERKASA, Bank Simpanan Nasional (BSN) turut menyediakan sejumlah RM50 juta bagi Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-NITA untuk memberi galakan usahawanita menceburi bidang perniagaan.

“MEDAC bersedia membantu dalam menyalurkan segala insentif PEMERKASA kepada usahawan dan koperasi yang terkesan.

“Dengan pengumuman ini diharapkan usahawan dapat meneruskan kelangsungan operasi perniagaan mereka dalam tempoh yang sukar ini,” katanya.

Muhyiddin semalam mengumumkan PEMERKASA bernilai RM20 bilion sebagai sebahagian Strategi6R Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi yang mula dilaksanakan pada April tahun lalu.

PEMERKASA menumpukan 20 inisiatif strategik bertujuan melonjakkan ppertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat serta sektor yang masih terkesan akibat wabak COVID-19

_beritaharian_

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat