Tiada Perkataan Melayu, Islam dan Raja-Raja Dalam Perlembagaan DAP – Razlan Rafii

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii hari ini menyahut cabaran Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang meminta UMNO belajar mengenali DAP yang didakwa turut menjunjung Agama Islam, Bahasa Melayu dan keistimewaan Bumiputera.

“Saya berlapang dada dan mencari Perlembagaan DAP seperti di sarankan oleh Datuk Saifuddin Nassution, untuk saya lebih mengenal DAP dimana Saifuddin mengatakan DAP ini sebagai Parti yang menjunjung Agama Islam, Bahasa Melayu dan Keistimewaan Bumiputera.

“Setelah mencari dan membaca Perlembagaan DAP, tidak ada satu perkataanpun ditulis “Melayu” “Islam” dan “Raja-Raja”.

“Apa yang lebih merisaukan perkataan ditulis adalah “Memulihkan Perlembagaan Persekutuan kepada rangka kerja yang Asal”, ini bermaksud, DAP menolak Perlembagaan yang sedia ada,” kata Razlan.

Razlan berkata, beliau tidak pasti kenapa pemimpin PKR itu sanggup mengelirukan orang lain dengan fakta yang tidak benar dan palsu berkenaan dengan DAP.

“Terima kasih kepada Datuk Zaharin Mohd Yasin yang membangkitkan persoalan ini.

“Disini saya lampirkan Link untuk tatapan pembaca agar lebih memahami DAP, jangan kita dengar hujah yang hebat dari Datuk Saifuddin namun faktanya semua tipu belaka.

“Sekiranya Datuk Saifuddin tidak membaca lagi Perlembagaan DAP, saya nasihatkan beliau baca dan hadam apa yang DAP perjuangkan selama ini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat