Tiada cukai baharu

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan sebarang cukai baharu atau membuat perubahan kepada sistem percukaian sedia ada buat masa ini,” kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, ia termasuklah cadangan sesetengah pihak untuk memperkenalkan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan sebelum ini.

“Buat masa ini, kerajaan masih lagi meneliti semua jenis cukai yang dapat meningkatkan hasil negara tetapi masa yang tepat juga penting.

“Kita percaya bahawa ekonomi negara baru memasuki fasa pemulihan dan ini bukan masanya untuk memperkenalkan cukai baharu atau apa-apa perubahan pada sistem cukai yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena sesi taklimat Strategi Pemulihan Ekonomi Negara di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

 

_K!Online_

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat