KJ Terima Suntikan Dos Pertama Sinovac

- Advertisement -

REMBAU: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah menerima suntikan dos pertama Vaksin Sinovac,  di sini,  sebentar tadi.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau adalah rakyat Malaysia pertama yang menerima Vaksin Sinovac yang berasal dari negara China.

“Saya baru selesai menerima suntikan pertama dos vaksin Sinovac,

“Vaksinasi sebentar tadi dilaksanakan oleh pegawai vaksinasi, Puan Salha Abdul Samad iaitu Ketua Penyelia Jururawat di Hospital Rembau.

“Dengan selesainya vaksinasi sebentar tadi, maka bermulalah secara rasmi penggunaan vaksin Sinovac di dalam potfolio vaksin COVID-19 di Malaysia,” katanya.

Jelas Khairy, Vaksin Sinovac telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 2 Mac 2021 selepas melalui penilaian ketat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Beliau menasihatkan orang ramai tidak perlu ragu-ragu dengan vaksin Sinovac.

“Vaksin ini telah terbukti selamat dan berkesan untuk mencegah penyakit COVID-19 dan telah digunakan di 27 buah negara seperti China, UAE, Indonesia, Turki dan Brazil melibatkan lebih 60 juta dos,” ujar Khairy. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat