Bapa doa Zaskia Sungkar selamat bersalin

- Advertisement -

Jakarta: Berdasarkan perkiraan, pelakon dan penyanyi Indonesia, Zaskia Sungkar akan melahirkan anak hasil perkahwinannya dengan Irwansyah pada April ini.

Bagaimanapun, detik itu seakan tiada makna apabila bapanya, Mark Sungkar tidak dapat bersama kerana ditahan akibat kes rasuah membabitkan sukan triathlon.

Menurut laporan media Indonesia, walaupun tidak dapat hadir, Mark tetap memberikan doa untuk anak pertamanya hasil pernikahan dengan Fanny Bauty itu.

“Semoga lancar dengan sempurna buat ibu dan anaknya, Insya-Allah,” katanya yang berada di Pengadilan Tindak Pidana Korupsi, di sini.

Mark yang juga pelakon popular era 1970-an berharap proses bersalin anaknya itu berjalan lancar.

Apatah lagi Zaskia sudah menunggu selama 10 tahun untuk mendapatkan anak.

Dalam perkembangan lain, Mark mengakui apa yang berlaku terhadapnya adalah ujian Allah buatnya. “Ini jangan dikatakan kes ya. Ini ujian Allah yang diterima dengan hati terbuka. Pasti ada hikmahnya,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat