Seniman mohon golongan selebriti diberi vaksin lebih awal

Kuala Lumpur: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan suntikan vaksin diberikan terlebih dulu kepada golongan selebriti.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, kerajaan sepatutnya menggunakan pengaruh yang dimiliki golongan itu bagi mendidik masyarakat mengenai pengetahuan serta kebaikan vaksin Covid-19.

“Jika kita lihat negara luar bijak memanfaatkan pengaruh yang dimiliki selebriti mereka untuk membantu dalam berkongsi kebaikan pengambilan vaksin kepada masyarakat.

“Justeru, saya cadangkan kepada kerajaan turut melakukan perkara sama. Seniman sedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjadi barisan hadapan untuk membantu dari sudut kempen vaksinasi Covid-19 melalui media sosial selebriti yang terpilih.

“Bagi saya, kalau kerajaan tak gunakan pengaruh yang ada pada artis kita, rugilah. Kita ambil contoh paling dekat seperti di Indonesia, mereka melantik selebriti sebagai ikon dan individu terawal untuk menerima vaksin,” katanya.

Menurut Zed, pada masa sama dia turut memohon kerajaan mempertimbangkan kekerapan ujian calitan yang terpaksa dilakukan golongan selebriti setiap kali memulakan penggambaran.

“Seniman terima banyak aduan daripada artis terutama pelakon yang mereka perlu melakukan banyak kali ujian calitan. Apabila dapat banyak tawaran berlakon, banyak kali juga kena buat ujian calitan.

“Kami harap kerajaan dapat kurangkan prosedur operasi standard (SOP) itu bagi meringankan beban mereka untuk berkarya. Ada yang sampai kata tak terdaya nak buat ujian calitan banyak kali,” katanya.

Harian Metro

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Ramai Instafamous tak berbakat dalam lakonan

Kuala Lumpur: Penerbit Jaja Ishak tidak bersetuju dengan trend pempengaruh (instafamous) yang dipilih sebagai pelakon. Jaja berkata, dia seboleh mungkin cuba mengelak kerana ramai lagi...

Terima kasih bantu Khalis

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah banyak pihak perubatan Islam yang bantu dengan rawatan secara jarak jauh. Juga iringan doa daripada sahabat dan peminat serta rakyat Malaysia, keadaan...

Himaya, artis jayakan kempen anti buli siber

Kuala Lumpur: Menyedari masalah buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask, Datuk...