“Reset” Bukan Untuk Saya, Ia Langkah Awal Pembetulan Negara – Hamzah

CYEBRJAYA – Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin menegaskan bahawa gagasan “Reset” bukanlah gerakan yang berfokus kepada dirinya, sebaliknya merupakan langkah awal ke arah pembetulan serta penambahbaikan bagi memperkukuh masa depan negara.

Dalam satu kenyataan di media sosial selepas menghadiri majlis bersama Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), beliau melahirkan penghargaan atas kehadiran pelbagai pihak termasuk pemimpin politik, ahli Parlimen dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Naib Presiden BERSATU, Ronald Kiandee, yang menjemput Hamzah dalam kapasiti beliau sebagai Ketua Pembangkang.

Menurut Hamzah, kehadiran peserta dari pelbagai latar belakang menunjukkan bahawa semangat perjuangan tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak.

Beliau menekankan bahawa “Reset” bukan sekadar slogan politik atau simbol sokongan kepada individu tertentu, sebaliknya satu usaha kolektif untuk membina semula kekuatan organisasi dan hala tuju negara.

“Reset menuntut keberanian, kejujuran dan kesungguhan untuk melakukan perubahan, bukan sekadar menoleh ke belakang tetapi melangkah ke hadapan dengan keyakinan,” katanya.

Hamzah turut menyeru semua anggota parti dan penyokong di setiap peringkat — termasuk bahagian, Dewan Undangan Negeri dan Parlimen — supaya menterjemahkan semangat tersebut kepada tindakan nyata.

Tambah beliau, kejayaan gagasan itu bergantung kepada komitmen, amanah dan tanggungjawab yang tulus demi agama, bangsa dan negara.

Laporan media turut memetik Hamzah sebagai menegaskan bahawa usaha pembaharuan tersebut merupakan asas kepada pembinaan semula kekuatan kolektif pembangkang, bukan kempen peribadi mana-mana individu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat